Industri francais adalah satu sistem
perniagaan yang dikatakan bermula di Eropah dan dikembangkan dengan pesatnya di
Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu. Perkataan francais adalah berasal
daripada perkataan Perancis,Franco yang membawa maksud kebebasan. Pada masa
dahulu ,seorang francaisi adalah merupakan orang penting yang diberi hak
kebebasan bagi sesuatu wilayah tertentu untuk memastikan pelaksaan arahn dan
peraturan termasuk membuat penilaian dan memungut cukai.
Industri
francais menjadi popular dan di anggap sebagai satu penemuan global yang
inovatif dalam strategi pemasaran yang melangkaui keperluan pengguna dan
sempadan negera. Seperti yang dinyatakan oleh pengrang Megatrends.Johb Naisbitt
‘franchising is the single most successful marketing concept ever’ erti dalam
Bahasa Malaysia sistem francais adalah satu-satunya konsep pemasaran yang
Berjaya.
Industri
francais merupakan industri yang melibatkan francaisi dima francaisormemberikan
lesen dan hak kepada francaisi untuk melakukan operasi perniagaan dalam
menghasilkan pengeluaran dengan mematuhi syarat-syarat tertentu. Hubungan
antara pihak francais dengan francaisor diikat dengan perjanjian yang dikenali
sebagai ‘FRANCHISE AGREEMENT’ yang nerupakan perjanjian syarat-syarat.hak dan
tugas kedua-dua pihak harus melakukan.
Menurut
KPDNK, perniagaan francais di Malaysia dikawal bawah Akta Francais(Pindaan)
2012 (sebelum ini dipanggil Akta Francais 1998). Akta ini diguna pakai bagi
penjualan francais di seluruh Malaysia. Mengikut Akta pendaftaran juga perlu
dilakukan oleh syarikat yang sebelum ini berdaftar di bawah Jabatab Perdana
Menteri sebelum Akta Francais 1998 berkuatkuasa.(Hlm:1)
Menurut
Dewan Ekonomi (2016) perniagaa francais adalah kaedah alternatif untuk memiliki
perniagaan sendiri tanoa bermula dari bawah.
1.01 DEFINISI
FRANCAISOR
Francaisor merupakan pihak atau syarikat yang
memberikan kebenarn lesen kepada francais dalam menjual dan mengeluarkan barang
francaisor dengan menggunakan ‘BRAND VALUE’ milik francaisor dengan
melaksanakan pembayaran rpyaliti daripada francaisi dalam tempoh tertentu
dimana hasil perniagaan yang dilaksanakan oleh francaisi mendapat keuntungan
tidak diambil kira.
1.02 DEFINISI
FRANCAISI
Francaisi merupakan pihak atau firma yang mendapat
lesen daripada pihak francaisor untuk mengeluarkan dan menjual barangan atau
perkhidmatan yang merupakan hal milik francaisor. Terdapat pelbagai bentuk atau
kaedah perniagaan francais antaranya adalah merupakan pemegang francais
berhormat,francais penilangan produk lesen bertanda dagan atau jenama francais
wakil pengedar dan penganjur.
2.0 SEJARAH
PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA PERINGKAT GLOBAL DAN MALAYSIA
Perkembangan
francais pada peringkat global menjadi bukti pembentukan francais yang sedia
ada pada masa kini. Perkembangan ini merupakan daripada sistem francais yang
telah diterokai sejak tahun 18500-an dan mulu berkembangan pada tahun 1950-an
serta tahun 1960-an di Amerika Syarikat. Latar belakang dan matlamat daripada
sistem ini adalag supaya barangan yang dikeluarka di satu kawasan dapat diedar
dan dijual ke seleruh kawasan yang lain.
Mc
Harvesting Machine Company dan Singer Sewing Machine Company telah memulakan
sistem francais di dalam pengedaran barangan mesin jahit kelurab syarikat
merekan di sekitar tahun 1850-an.
Laporan
The Price Water House COOPERS(2009) menyatakanbahawa akaun rantaian francais
lebid daripada 5% daripada Amerika Syarikat output sektor swasta dan lebih
daripada 8% adalah daripada pekerjaan
Amerika Syarikat pada tahun 2008. Bilangan pekerjaan yang diwujudkan oleh
francais lebih daripada bilangan pekerjaan yang diwujudkan dari barang
pengeluar (Price waterhouse Coopers,2009). Mankala dalam laporan perniagaan
2011 perniagaan francais dijanka akan menambah 42000 peluang perkerjaan pada
tahun 2010 dan akan berkembang pada kadar 2.5% pada tahun 2011.
Kerajaan
Malaysia memperkenalkan industri francais pada tahun 1993 ketika pimpinan
perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad. Kini industri francais semakin
berkembang dengan pesat. Jika melihat kepada sejarah perkembangan di Malaysia
yang bermula pada 1940-an ramai usahawan dan produk-produk baru dikenalkan.
Kajian pasaran menunjukan bahawa siste,
perniagaan francais merupakan perniagaan yang paling cepat berkembang di
peringkat global maka kerajaanmalaysia telah mengenalpasti perniagaan francais
sebagai satu mekanisma yang paling cepat dan berkesan dalam Program Pembangunan
Francais sebagai sumber utama untuk membangunkan usahawan Bumiputera. Sehubungan
itu, Program Pembangunan Francais yang diperkenalkan pada tahun 1992 di bawah
Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah
satu sumber ekonomi negara yang memberikan nilai tambah kea rah merealisasikan
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Pasaran francais Malaysia kini dianggarkan
bernilai RM250 juta dengan kadar pertumbuhan 3% setahun. Kadar ini dijangka
meningkat kepada 30% setahun menjelang tahun 2020. Pada tahun 2015 industri
francais telah memberi sumbangan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
sebanyak RM 25.6 bilion dan disasarkan meningkat kepada 4.3% menjelang akhir
tahun 2016.(www.bharian.com.my )
Persatuan Francais Malaysia (MFA) telah
ditubuhkan pada tahun 1994 untuk menyokong pelaksanaan program kerajaan untuk
menggalakkan keusahawanan. Pembentukan MFA adalah untuk menggalakkan
pembangunan francais di Malaysia. MFA akan menjadi pusat sumber untuk
francaisor dan francaisi.
3.0 KEPENTINGAN
INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL
3.01
EKONOMI
Perkembangan industri francais memberi pelbagai
manfaat kepada sesebuah negara,terutamanya dari segi ekonomi. Jika dilihat daru
sudut ekonomi sutuasi ini akan membantu merangsang lagi pertumbuhan perniagaan
dengan mewujudkan usahawan-usahawan tempatan yang akan menawarkan produk yang
berjenama. Indusrti francais merupakan satu transformasi kepakaran,teknologi
dan idea-idea baru yang diperoleh dari usahawan. Selain itu indusrti francais
menggalakkan perdagangan antarabangsa yang menyumbang kepada pertukaran mata
wang negara di samping membuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat.
Industri francais secara langsung mampu
memberi sumbangan yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Menurut
Utusan (2014) ekonomi negara berada pada landasan yang kukuh, permintaan
domestic telah memainkan peranan penting didalam pertumbuhan ekonomi. Sejak 20
tahun yang lalu, kerajaan sentiasa menggalakkan usahawan tempatan khususnya
bumiputera untuk menceburi diri di dalam bidang francais disebabkan faktor
risiko yang boleh dianggap rendah tetapi menjanjikan pulangan yang
menguntungkan.
Perkembangan positif memberi petanda baik
bikan sahaja kepada masa depan pertumbuhan ekonomi negara bahkan kea rah
mewujugkan kehidupan yang lebih selesa dengan menggalakkan keusahawanan
terutamanya usahawan kecik dan sederhana, mendekatan jurang perbezaan ekonomi
serta mengurangkan pengangguran.
3.02
SOSIAL
I.
MEMENUHI KEPERLUAN MASYARAKAT
Dengan adanya perniagaan francais ia dapt memenuhi keperluan masyarakat. Hasil
daripada aktiviti-aktivi perniagaan iaitu urusan pembelian dan penjualan
barangan dan perkhidmatan para peniagan akan memperolehi keuntungan manakala
pihak pembeli dan pengguna pula memiliki barangan dan perkhidmatan yang dapat
memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
II.
MENYEDIAKAN PEKERJAAN KEPADA MASYARAKAT
Kebanyakkan masyarakat menyara kehidupan mereke
melalui pekerjaan yang diperolehi daripada sektor perniagaan. Perkembangan
industri francais di Malaysia membelehkan masyarakat berkerjasebagai peniaga
atau pekerja dalam sesebuah organisasi perniagaan. Pendapatan yang diterima
melalui pekerjaan yang sektor perniagaan dapat menyara kehidupan malah ia dapat
meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.
III.
PELUANG GLOBAL
Masyarakat yang berilmu perniagaan akam memudahkan
untuk menceburi dalam perniagaan di peringkat antarabangsa atau global.
Penguasaan ilmu perniagann membolehkan peniaga-peniagan negara kita bersaing
terutamanya dengan peniaga-peniaga dari negara maju. Kita memerlukan kemahiran
kepakaran dan lebihan persaingan yang tinggi dan berkualiti untuk maju dan
menjayakan pernigann di peringkat antarabangda atau global.
4.0 TAHAP
PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Pembangunan industri francais di Malaysia
menunjukkan perkembangan positif kerana ia telah menembusi pasaran global dan
mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa. Menurut data pada tahun 2015
terdapat kira-kira 760 sistem francais yang terdiri daripada pelbagai sektor
telah didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Francais KPDNKK. Selain itu,
daripada 760 sistem francais sebanyak 7525 perniagaanfrancaisi telah Berjaya
diwujudkan (Dato’Sri Hassan Malik,2015). Ini menunjukkan bahawa industri
francais di Malaysia sedang berkembang dengan jayanya dengan 4 teras yang telah
dilancarkan di dalam PIPFN. Industri francais Malaysia juga turut melebarkan
sayapnya ke luar negara terdapat 46 buah outlet yang telah menempah nama di 50
buah negara antaranya Marry Brown,Nelson dan Secret Recipe Cake dan Cafe.
Kerajaan melalui kementerian dan pelbagai
agensi terlibat menganjurkan pelbagai program setiap tahun untuk mempromosikan
jenama tempatan di pasaran antarabangsa. Industri francais perlu memanfaatkan
platform itu untuk memudahkan mereka mengenali lebih dekat peluang pasran dan
persekitaran sesebuah negara,
Secara
amnya, industri francais manpu memberi sumbangan yang positif terhadadap
pertumbuhan ekonomi negara. Pada ketika ekonomi negara berada pada landasan
yang kukuh permintaan domestic telah memainkan peranan penting di dalam
pertumbuhan ekonomi. Perkembangan positif ini memberi petanda baik bukan sahaja
kepada masa depan pertumbuhan ekonomi negara bahkan kea rah mewujudkan
kehidupan yang lebih selesa dengan mendekatkan jurang perbezaan ekonomi serta
mengurangkan pengangguran.
Perniagaan
francais adalah sesuai untuk semua lapisan masyarakat samaada penduduk di
kawasan bandar atau luar bandar. Negara-negara yang sedang membangun seperti
Uganda,Kenya dan Kemboja francais MIkro telah digunakan sebagai model
alternative yang berkesan untuk menangani isu kemiskinan. Francais Mikro
memainkan peranan penting untuk membasmi kemiskinan.
Berdasrkan
lepada laporan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Francais KPDNKK
menunjukan peninhkatan dalam industri francais dari tahun ke tahun. Oleh yang
demikian, ia mendapat disimpulkan tahap pembangunan imdustri francais di
Malaysia adalah dalam kedaan baik dan membangun dengan jayanya sejajar dengan
matlamat PIPFN (2012-2016) yang memasuki fasa pada tahun ini.
Industri
francais ddi Malaysia semakin matang dan berkembang sejajar dengan pembangunan
negara. Rakyat Malaysia kina semakin celik mengenai perniagaan francais
disebabkan program dan pendedahan yang dijalan oleh kementerian. Terdapat satu
prigran yang dikenali sebagai Francais Komuniti yang melibatkan kementerian PNS
dan MFA. Program ini mempamerkan perniagaan –perniagaan yang sedia ada
disamping memperkenalkan jenama francais tempatan yang terdapat dipasaran . MFA
turut menganjurkan pameran francais terbesar di ASEAN pada setiap tahun.
Pameran ini merupakan platform terbaik khususnya kepada masyarakat bagi
mengenal pasti lebih lanjut perniagaan francais (Harian Kosma,5 Mac 2015).
5.0 SISTEM
SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Usaha
untuk memberi sokongankepada usahawan francais melibatkan banyak pihak samada
agensi kerajaan mahupun sektor swata. Kerajaan sentiasa menyokong dan
memberikan galakan dalam memajukan lagi industri francais di Malaysia. Menurut
Dewan Ekonomi (2016) antaranya Program Malaysia Franchise dan Vendor,Franchise
Investmentand Financing Schme dan Malaysian Franchise Association bagi membantu
ushawan francais di Malaysia.terdapat pelbagai jenis sokongan yang diberikan
kepada usahawan-usahawan francais. Antaranya adalah:
a) PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS)
PNS
telah diberi mandate sebagai agensi utama untuk mengatur perancangan
pembangunan dan pelaksanaan industri francais negara secara lebih komprehensif.
PNS telah memperkenalkan beberapa strategi utama dalam pembangunan produk serta
pembanguna dan penyelidikan.
b) KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
(MITI)
Ministry
of International Trade and Industry atau MITI telah berkerjasama denganKPDNKK
seta Persatuan Francais Malaysia untuk mempromosi home-grown francaisor
Malaysia ke pasaran luar negara melalui misi perdagangan antarabangsa.
c) PENUBUHAN PERSATUAN FRANCAIS MALAYSIA (MFA)
Malaysia Francise Association (MFA) telah di berikan
kelulusan dan kebenaran untuk operasi sementara mulai 18 Januari 1994.
Seterusnya pelancarab rasmi penubuhan Mfa telah disempurnakan oleh Perdana
Menteri Malaysia pada ketika itu Yang Amat Bahagia Tun DR. Mahathir Mohamad
pada 27 Januari 1994 serentak dengan pelancaran Program Pembangunan
Francais(PPF) dan Persidangan dan Pameran Francais Antarbangsa Malaysia yang
pertama. Manakala kelulusan rasmi MFA di bawah Akta Pertubuhan 1966 telah
diperoleh pada 30 Ogos 1994 (Laporan Mesyuarat Tahunan MFA,2013).
d) KEMENTERIAN PERDADANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN (KPDNKK)
KPNKK ialah peneraju utama kearah melaksanaan dan
menjayakan Program Pembangunan Francais di Malaysia setelah tanggunjawab
penbangunan francais di Malaysia dipindahkan daripada Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi pada tahun 2009. Antara perana KPDNKK dalah bagi
membangunkan perniagaan francais mengurus pendaftaran perniagaan francais
menyediakan program latihan ,menganjurkan promosi,menyediakan kemudahan
pembiayaan dan merangka dan melaksanakan stratedi pembangunan industri
francais.
6.0 CABARAN/HALANGAN
YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA
Walaupun
industri francais telah lama menapak di Malaysia, namun industriini masih dalam
proses pembangunan. Oleh yang demikian ia tidaj dapat lari daripada menghadapi
cabaran halangan yang datang untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia
sebagai pusat farncais dunia menjelang tahun 2020.
Industri francais merupakan perniagaan yang
dibentuk berasaskan kepada hubungan di antara francaisi dan francaisor maka
pastinya halanganutama yang dihadapi adalah konflik di antara francaisi dan
francaisor itu sendiri. Konflik merupakan situasi di mana pendapat dua pihak
yang berlain dan tidak dapat mencapai kata sepakat. Menurut Mohd Amy Azhar
(2011:p.) berdasarkan kajian yang dijalankan oleh McCosker (1995) dan
Mendelsohn(1995) dapat menunjukan bahawa sesebuah industri francais dibina atas
hubungan manusia dan hubungan yang baik di antara francaisi dan francaisor.
Halangan
lain yang di hadapi adalah untuk mendapatkan modal permulaan bagi memulakan
perniagaan. Bagi memulakan perniagaan francais modal yang besar diperlukan
kerana franchisor akan menetapkan pelan perniagaan yang berasakan kepada modal
yang dimiliki. Untuk memperoleh modal berkenaan usahawan-usahawan perlu
memiliki syarat-syarat pembiayaan bagi program-program yang ditawarkan.
7.0 MASA HADAPAN
INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Industri francais di Malaysia mempunyai masa depan
yang cerah dalam perniagaan berbentuk francais. Hal ini kerana kerajaan telah
menyediakan pelbagai kemudahn bagi pihak tersebut membangunkan industri
tersebut untuk terus berkembang. Menurut Kosmo(2015) transformasi dijalankan
oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dalam meningkatkan daya saing industri
francais di Malaysia.
Menurut Dato’Sri Hassan Malik (2015) jabatan
beliau menyasarkan industri francais di Malaysia akan lebuh berdikari dan kukuh
dengan pelan yang bakal bermula pada tahun 2017 sehingga 2020. Seterusnya
beliau berharap untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat francais bagi pasaran
Asia Tenggara menjelanng tahun 2020.
Kerjaan berpecaya bahawasa industri francais
mempunyai potensi besar keran industri ini merupakan salah satu sektor yang
menyumbangkan kepada pembangunan usahawan Melayu dan etnik-etnik lain serta
pembangunan ekonomi negara telah dizahirkan apabila kerajaan telah memberi
perhatian dan sokongan samada dari bentuk kewangan sejak 1992.
Walaubagaimanpun, kerajan menggerakkan usahanya bagimembantu industri francais
kerana ia masih pelahan pembangunannya berbanding dengan negara-negara lain.
Namun potensi industri francais di pasaran tempatan dilihat cerah. Memandangkan
kerajaa juga berusaha untuk menggalakkan para siawazah untuk menceburi bidang
ini secara agresif dan menjadikan sebagai punca pendapatan..
8.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya industri francais
telah menyediakan pelbagai pelunag kepada ushawan terutamanya individu-individu
yang baru menceburi dalam dunia perniagaan. Perniagaan industri francais sudah
semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Pertumbuhan yang agak pesat ini
dapat dilihat selepas adanya Program Pemangunan Francais pada 27 Januari 1994
oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Industri francais secara tidak langsung
dapat memupuk daya keusahawaan melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta
produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenihu kehendak manusia.
Menurut Ismail Mohamad (2012), industri francais menyediakan produk atau
perkidmatan yang diperlukan oleh pengguna.
Dengan pencapaian Malaysia setakat ini , kita
telah menempatkan diri sebagai negara kedua di Asia dank e-21 di dunia dalam
pembangunan industri francais. Status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga diiktiraf dunis dan memberikan kelebihan
kepada usahawan francais tempatan untuk menerokai pasaran luar negara.
9.0 RUJUKAN
5. http://www.myfrancais.com/files/editor_files/Go%20AKTA/Pelan_Induk_Pembangunan_Francaos.pdf (kementerian perdagangan dalam negeri,koperasi dan kepenggunaan.(2011) pelan induk pembangunan francais nasional 2012-2016) (capaian internet 11 November 2016)
6. http://tugasanblog16.blogspot.my/2016/02/sejarah-pembangunan-industri-francais.html (capaian internet 11 November 2016)
7. http://puratchiminnal.blogspot.my/2015/09/industri-francais-di-malaysia.html (capaian internet 11 November 2016)
5. http://www.myfrancais.com/files/editor_files/Go%20AKTA/Pelan_Induk_Pembangunan_Francaos.pdf (kementerian perdagangan dalam negeri,koperasi dan kepenggunaan.(2011) pelan induk pembangunan francais nasional 2012-2016) (capaian internet 11 November 2016)
6. http://tugasanblog16.blogspot.my/2016/02/sejarah-pembangunan-industri-francais.html (capaian internet 11 November 2016)
7. http://puratchiminnal.blogspot.my/2015/09/industri-francais-di-malaysia.html (capaian internet 11 November 2016)
10.0 LAMPIRAN