Isnin, 28 November 2016

1.0 PENGENALAN
      Industri francais adalah satu sistem perniagaan yang dikatakan bermula di Eropah dan dikembangkan dengan pesatnya di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu. Perkataan francais adalah berasal daripada perkataan Perancis,Franco yang membawa maksud kebebasan. Pada masa dahulu ,seorang francaisi adalah merupakan orang penting yang diberi hak kebebasan bagi sesuatu wilayah tertentu untuk memastikan pelaksaan arahn dan peraturan termasuk membuat penilaian dan memungut cukai.
      Industri francais menjadi popular dan di anggap sebagai satu penemuan global yang inovatif dalam strategi pemasaran yang melangkaui keperluan pengguna dan sempadan negera. Seperti yang dinyatakan oleh pengrang Megatrends.Johb Naisbitt ‘franchising is the single most successful marketing concept ever’ erti dalam Bahasa Malaysia sistem francais adalah satu-satunya konsep pemasaran yang Berjaya.
      Industri francais merupakan industri yang melibatkan francaisi dima francaisormemberikan lesen dan hak kepada francaisi untuk melakukan operasi perniagaan dalam menghasilkan pengeluaran dengan mematuhi syarat-syarat tertentu. Hubungan antara pihak francais dengan francaisor diikat dengan perjanjian yang dikenali sebagai ‘FRANCHISE AGREEMENT’ yang nerupakan perjanjian syarat-syarat.hak dan tugas kedua-dua pihak harus melakukan.
      Menurut KPDNK, perniagaan francais di Malaysia dikawal bawah Akta Francais(Pindaan) 2012 (sebelum ini dipanggil Akta Francais 1998). Akta ini diguna pakai bagi penjualan francais di seluruh Malaysia. Mengikut Akta pendaftaran juga perlu dilakukan oleh syarikat yang sebelum ini berdaftar di bawah Jabatab Perdana Menteri sebelum Akta Francais 1998 berkuatkuasa.(Hlm:1)
      Menurut Dewan Ekonomi (2016) perniagaa francais adalah kaedah alternatif untuk memiliki perniagaan sendiri tanoa bermula dari bawah.

1.01 DEFINISI FRANCAISOR
Francaisor merupakan pihak atau syarikat yang memberikan kebenarn lesen kepada francais dalam menjual dan mengeluarkan barang francaisor dengan menggunakan ‘BRAND VALUE’ milik francaisor dengan melaksanakan pembayaran rpyaliti daripada francaisi dalam tempoh tertentu dimana hasil perniagaan yang dilaksanakan oleh francaisi mendapat keuntungan tidak diambil kira.

1.02 DEFINISI FRANCAISI
Francaisi merupakan pihak atau firma yang mendapat lesen daripada pihak francaisor untuk mengeluarkan dan menjual barangan atau perkhidmatan yang merupakan hal milik francaisor. Terdapat pelbagai bentuk atau kaedah perniagaan francais antaranya adalah merupakan pemegang francais berhormat,francais penilangan produk lesen bertanda dagan atau jenama francais wakil pengedar dan penganjur.

2.0 SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA PERINGKAT GLOBAL DAN MALAYSIA
      Perkembangan francais pada peringkat global menjadi bukti pembentukan francais yang sedia ada pada masa kini. Perkembangan ini merupakan daripada sistem francais yang telah diterokai sejak tahun 18500-an dan mulu berkembangan pada tahun 1950-an serta tahun 1960-an di Amerika Syarikat. Latar belakang dan matlamat daripada sistem ini adalag supaya barangan yang dikeluarka di satu kawasan dapat diedar dan dijual ke seleruh kawasan yang lain.
      Mc Harvesting Machine Company dan Singer Sewing Machine Company telah memulakan sistem francais di dalam pengedaran barangan mesin jahit kelurab syarikat merekan di sekitar tahun 1850-an.
      Laporan The Price Water House COOPERS(2009) menyatakanbahawa akaun rantaian francais lebid daripada 5% daripada Amerika Syarikat output sektor swasta dan lebih daripada 8%  adalah daripada pekerjaan Amerika Syarikat pada tahun 2008. Bilangan pekerjaan yang diwujudkan oleh francais lebih daripada bilangan pekerjaan yang diwujudkan dari barang pengeluar (Price waterhouse Coopers,2009). Mankala dalam laporan perniagaan 2011 perniagaan francais dijanka akan menambah 42000 peluang perkerjaan pada tahun 2010 dan akan berkembang pada kadar 2.5% pada tahun 2011.
      Kerajaan Malaysia memperkenalkan industri francais pada tahun 1993 ketika pimpinan perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad. Kini industri francais semakin berkembang dengan pesat. Jika melihat kepada sejarah perkembangan di Malaysia yang bermula pada 1940-an ramai usahawan dan produk-produk baru dikenalkan.
      Kajian pasaran menunjukan bahawa siste, perniagaan francais merupakan perniagaan yang paling cepat berkembang di peringkat global maka kerajaanmalaysia telah mengenalpasti perniagaan francais sebagai satu mekanisma yang paling cepat dan berkesan dalam Program Pembangunan Francais sebagai sumber utama untuk membangunkan usahawan Bumiputera. Sehubungan itu, Program Pembangunan Francais yang diperkenalkan pada tahun 1992 di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang memberikan nilai tambah kea rah merealisasikan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
      Pasaran francais Malaysia kini dianggarkan bernilai RM250 juta dengan kadar pertumbuhan 3% setahun. Kadar ini dijangka meningkat kepada 30% setahun menjelang tahun 2020. Pada tahun 2015 industri francais telah memberi sumbangan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM 25.6 bilion dan disasarkan meningkat kepada 4.3% menjelang akhir tahun 2016.(www.bharian.com.my )
      Persatuan Francais Malaysia (MFA) telah ditubuhkan pada tahun 1994 untuk menyokong pelaksanaan program kerajaan untuk menggalakkan keusahawanan. Pembentukan MFA adalah untuk menggalakkan pembangunan francais di Malaysia. MFA akan menjadi pusat sumber untuk francaisor dan francaisi.

3.0 KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL
      3.01  EKONOMI
      Perkembangan industri francais memberi pelbagai manfaat kepada sesebuah negara,terutamanya dari segi ekonomi. Jika dilihat daru sudut ekonomi sutuasi ini akan membantu merangsang lagi pertumbuhan perniagaan dengan mewujudkan usahawan-usahawan tempatan yang akan menawarkan produk yang berjenama. Indusrti francais merupakan satu transformasi kepakaran,teknologi dan idea-idea baru yang diperoleh dari usahawan. Selain itu indusrti francais menggalakkan perdagangan antarabangsa yang menyumbang kepada pertukaran mata wang negara di samping membuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
      Industri francais secara langsung mampu memberi sumbangan yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Utusan (2014) ekonomi negara berada pada landasan yang kukuh, permintaan domestic telah memainkan peranan penting didalam pertumbuhan ekonomi. Sejak 20 tahun yang lalu, kerajaan sentiasa menggalakkan usahawan tempatan khususnya bumiputera untuk menceburi diri di dalam bidang francais disebabkan faktor risiko yang boleh dianggap rendah tetapi menjanjikan pulangan yang menguntungkan.
      Perkembangan positif memberi petanda baik bikan sahaja kepada masa depan pertumbuhan ekonomi negara bahkan kea rah mewujugkan kehidupan yang lebih selesa dengan menggalakkan keusahawanan terutamanya usahawan kecik dan sederhana, mendekatan jurang perbezaan ekonomi serta mengurangkan pengangguran.
      3.02 SOSIAL
      I.        MEMENUHI KEPERLUAN MASYARAKAT
Dengan adanya perniagaan francais  ia dapt memenuhi keperluan masyarakat. Hasil daripada aktiviti-aktivi perniagaan iaitu urusan pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan para peniagan akan memperolehi keuntungan manakala pihak pembeli dan pengguna pula memiliki barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
    II.        MENYEDIAKAN PEKERJAAN KEPADA MASYARAKAT
Kebanyakkan masyarakat menyara kehidupan mereke melalui pekerjaan yang diperolehi daripada sektor perniagaan. Perkembangan industri francais di Malaysia membelehkan masyarakat berkerjasebagai peniaga atau pekerja dalam sesebuah organisasi perniagaan. Pendapatan yang diterima melalui pekerjaan yang sektor perniagaan dapat menyara kehidupan malah ia dapat meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.
   III.        PELUANG GLOBAL
Masyarakat yang berilmu perniagaan akam memudahkan untuk menceburi dalam perniagaan di peringkat antarabangsa atau global. Penguasaan ilmu perniagann membolehkan peniaga-peniagan negara kita bersaing terutamanya dengan peniaga-peniaga dari negara maju. Kita memerlukan kemahiran kepakaran dan lebihan persaingan yang tinggi dan berkualiti untuk maju dan menjayakan pernigann di peringkat antarabangda atau global.

4.0 TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
      Pembangunan industri francais di Malaysia menunjukkan perkembangan positif kerana ia telah menembusi pasaran global dan mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa. Menurut data pada tahun 2015 terdapat kira-kira 760 sistem francais yang terdiri daripada pelbagai sektor telah didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Francais KPDNKK. Selain itu, daripada 760 sistem francais sebanyak 7525 perniagaanfrancaisi telah Berjaya diwujudkan (Dato’Sri Hassan Malik,2015). Ini menunjukkan bahawa industri francais di Malaysia sedang berkembang dengan jayanya dengan 4 teras yang telah dilancarkan di dalam PIPFN. Industri francais Malaysia juga turut melebarkan sayapnya ke luar negara terdapat 46 buah outlet yang telah menempah nama di 50 buah negara antaranya Marry Brown,Nelson dan Secret Recipe Cake dan Cafe.
      Kerajaan melalui kementerian dan pelbagai agensi terlibat menganjurkan pelbagai program setiap tahun untuk mempromosikan jenama tempatan di pasaran antarabangsa. Industri francais perlu memanfaatkan platform itu untuk memudahkan mereka mengenali lebih dekat peluang pasran dan persekitaran sesebuah negara,
      Secara amnya, industri francais manpu memberi sumbangan yang positif terhadadap pertumbuhan ekonomi negara. Pada ketika ekonomi negara berada pada landasan yang kukuh permintaan domestic telah memainkan peranan penting di dalam pertumbuhan ekonomi. Perkembangan positif ini memberi petanda baik bukan sahaja kepada masa depan pertumbuhan ekonomi negara bahkan kea rah mewujudkan kehidupan yang lebih selesa dengan mendekatkan jurang perbezaan ekonomi serta mengurangkan pengangguran.
      Perniagaan francais adalah sesuai untuk semua lapisan masyarakat samaada penduduk di kawasan bandar atau luar bandar. Negara-negara yang sedang membangun seperti Uganda,Kenya dan Kemboja francais MIkro telah digunakan sebagai model alternative yang berkesan untuk menangani isu kemiskinan. Francais Mikro memainkan peranan penting untuk membasmi kemiskinan.
      Berdasrkan lepada laporan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Francais KPDNKK menunjukan peninhkatan dalam industri francais dari tahun ke tahun. Oleh yang demikian, ia mendapat disimpulkan tahap pembangunan imdustri francais di Malaysia adalah dalam kedaan baik dan membangun dengan jayanya sejajar dengan matlamat PIPFN (2012-2016) yang memasuki fasa pada tahun ini.
      Industri francais ddi Malaysia semakin matang dan berkembang sejajar dengan pembangunan negara. Rakyat Malaysia kina semakin celik mengenai perniagaan francais disebabkan program dan pendedahan yang dijalan oleh kementerian. Terdapat satu prigran yang dikenali sebagai Francais Komuniti yang melibatkan kementerian PNS dan MFA. Program ini mempamerkan perniagaan –perniagaan yang sedia ada disamping memperkenalkan jenama francais tempatan yang terdapat dipasaran . MFA turut menganjurkan pameran francais terbesar di ASEAN pada setiap tahun. Pameran ini merupakan platform terbaik khususnya kepada masyarakat bagi mengenal pasti lebih lanjut perniagaan francais (Harian Kosma,5 Mac 2015).

5.0 SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
      Usaha untuk memberi sokongankepada usahawan francais melibatkan banyak pihak samada agensi kerajaan mahupun sektor swata. Kerajaan sentiasa menyokong dan memberikan galakan dalam memajukan lagi industri francais di Malaysia. Menurut Dewan Ekonomi (2016) antaranya Program Malaysia Franchise dan Vendor,Franchise Investmentand Financing Schme dan Malaysian Franchise Association bagi membantu ushawan francais di Malaysia.terdapat pelbagai jenis sokongan yang diberikan kepada usahawan-usahawan francais. Antaranya adalah:
a)   PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS)
PNS telah diberi mandate sebagai agensi utama untuk mengatur perancangan pembangunan dan pelaksanaan industri francais negara secara lebih komprehensif. PNS telah memperkenalkan beberapa strategi utama dalam pembangunan produk serta pembanguna dan penyelidikan.

b)   KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)
Ministry of International Trade and Industry atau MITI telah berkerjasama denganKPDNKK seta Persatuan Francais Malaysia untuk mempromosi home-grown francaisor Malaysia ke pasaran luar negara melalui misi perdagangan antarabangsa.

c)   PENUBUHAN PERSATUAN FRANCAIS MALAYSIA (MFA)
Malaysia Francise Association (MFA) telah di berikan kelulusan dan kebenaran untuk operasi sementara mulai 18 Januari 1994. Seterusnya pelancarab rasmi penubuhan Mfa telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu Yang Amat Bahagia Tun DR. Mahathir Mohamad pada 27 Januari 1994 serentak dengan pelancaran Program Pembangunan Francais(PPF) dan Persidangan dan Pameran Francais Antarbangsa Malaysia yang pertama. Manakala kelulusan rasmi MFA di bawah Akta Pertubuhan 1966 telah diperoleh pada 30 Ogos 1994 (Laporan Mesyuarat Tahunan MFA,2013).

d)   KEMENTERIAN PERDADANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK)
KPNKK ialah peneraju utama kearah melaksanaan dan menjayakan Program Pembangunan Francais di Malaysia setelah tanggunjawab penbangunan francais di Malaysia dipindahkan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada tahun 2009. Antara perana KPDNKK dalah bagi membangunkan perniagaan francais mengurus pendaftaran perniagaan francais menyediakan program latihan ,menganjurkan promosi,menyediakan kemudahan pembiayaan dan merangka dan melaksanakan stratedi pembangunan industri francais.

6.0 CABARAN/HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA
      Walaupun industri francais telah lama menapak di Malaysia, namun industriini masih dalam proses pembangunan. Oleh yang demikian ia tidaj dapat lari daripada menghadapi cabaran halangan yang datang untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat farncais dunia menjelang tahun 2020.
      Industri francais merupakan perniagaan yang dibentuk berasaskan kepada hubungan di antara francaisi dan francaisor maka pastinya halanganutama yang dihadapi adalah konflik di antara francaisi dan francaisor itu sendiri. Konflik merupakan situasi di mana pendapat dua pihak yang berlain dan tidak dapat mencapai kata sepakat. Menurut Mohd Amy Azhar (2011:p.) berdasarkan kajian yang dijalankan oleh McCosker (1995) dan Mendelsohn(1995) dapat menunjukan bahawa sesebuah industri francais dibina atas hubungan manusia dan hubungan yang baik di antara francaisi dan francaisor.
      Halangan lain yang di hadapi adalah untuk mendapatkan modal permulaan bagi memulakan perniagaan. Bagi memulakan perniagaan francais modal yang besar diperlukan kerana franchisor akan menetapkan pelan perniagaan yang berasakan kepada modal yang dimiliki. Untuk memperoleh modal berkenaan usahawan-usahawan perlu memiliki syarat-syarat pembiayaan bagi program-program yang ditawarkan.

7.0 MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
      Industri francais di Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dalam perniagaan berbentuk francais. Hal ini kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahn bagi pihak tersebut membangunkan industri tersebut untuk terus berkembang. Menurut Kosmo(2015) transformasi dijalankan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dalam meningkatkan daya saing industri francais di Malaysia.
      Menurut Dato’Sri Hassan Malik (2015) jabatan beliau menyasarkan industri francais di Malaysia akan lebuh berdikari dan kukuh dengan pelan yang bakal bermula pada tahun 2017 sehingga 2020. Seterusnya beliau berharap untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat francais bagi pasaran Asia Tenggara menjelanng tahun 2020.
      Kerjaan berpecaya bahawasa industri francais mempunyai potensi besar keran industri ini merupakan salah satu sektor yang menyumbangkan kepada pembangunan usahawan Melayu dan etnik-etnik lain serta pembangunan ekonomi negara telah dizahirkan apabila kerajaan telah memberi perhatian dan sokongan samada dari bentuk kewangan sejak 1992. Walaubagaimanpun, kerajan menggerakkan usahanya bagimembantu industri francais kerana ia masih pelahan pembangunannya berbanding dengan negara-negara lain. Namun potensi industri francais di pasaran tempatan dilihat cerah. Memandangkan kerajaa juga berusaha untuk menggalakkan para siawazah untuk menceburi bidang ini secara agresif dan menjadikan sebagai punca pendapatan..

8.0 KESIMPULAN
      Secara keseluruhannya industri francais telah menyediakan pelbagai pelunag kepada ushawan terutamanya individu-individu yang baru menceburi dalam dunia perniagaan. Perniagaan industri francais sudah semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Pertumbuhan yang agak pesat ini dapat dilihat selepas adanya Program Pemangunan Francais pada 27 Januari 1994 oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad.
      Industri francais secara tidak langsung dapat memupuk daya keusahawaan melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenihu kehendak manusia. Menurut Ismail Mohamad (2012), industri francais menyediakan produk atau perkidmatan yang diperlukan oleh pengguna.
      Dengan pencapaian Malaysia setakat ini , kita telah menempatkan diri sebagai negara kedua di Asia dank e-21 di dunia dalam pembangunan industri francais. Status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga diiktiraf dunis dan memberikan kelebihan kepada usahawan francais tempatan untuk menerokai pasaran luar negara.



9.0 RUJUKAN


1.    http://norhayati81.blogspot.my (capaian internet 11 November 2016)
2.    http://francais236064.blogspot.my (capaian internet 11 November2016)
3.    http://www.kosmo.com.my/kosmo (capaian internet 11 November2016)
4.    http://www.kpdnk.gov.my (capaian internet 11 November 2016)
5.    http://www.myfrancais.com/files/editor_files/Go%20AKTA/Pelan_Induk_Pembangunan_Francaos.pdf (kementerian perdagangan dalam negeri,koperasi dan kepenggunaan.(2011) pelan induk pembangunan francais nasional 2012-2016) (capaian internet 11 November 2016)
8.    http://s231410.blogspot.my/ (capaian internet 11 November 2016)
9.    www.bharian.com.my (capaian internet 11 November 2016)


1.    http://norhayati81.blogspot.my (capaian internet 11 November 2016)
2.    http://francais236064.blogspot.my (capaian internet 11 November2016)
3.    http://www.kosmo.com.my/kosmo (capaian internet 11 November2016)
4.    http://www.kpdnk.gov.my (capaian internet 11 November 2016)
5.    http://www.myfrancais.com/files/editor_files/Go%20AKTA/Pelan_Induk_Pembangunan_Francaos.pdf (kementerian perdagangan dalam negeri,koperasi dan kepenggunaan.(2011) pelan induk pembangunan francais nasional 2012-2016) (capaian internet 11 November 2016)
8.    http://s231410.blogspot.my/ (capaian internet 11 November 2016)
9.    www.bharian.com.my (capaian internet 11 November 2016)



10.0 LAMPIRAN











Tiada ulasan:

Catat Ulasan